Kesan-kesan imperialisme terhadap asia tenggara
kesan politik
Dari segi politiknya, sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara telah mengalami perubahan yang drastik.
- Dalam banyak kes, para pemerintah tempatan telah terpaksa menerima para penasihat dan juga pentadbir dari Barat.
- Sistem politik termasuk perundangan peribumi juga telah diubahsuai atau ditukar agar menyerupai sistem Barat.
- Persaingan kuasa-kuasa Barat telah berlaku di Asia.
- Oleh itu, kuasa Inggeris telah campur tangan di Tanah Melayu, Burma, India dan China.
- Kepulauan Melayu telah dipecah perintah akibat kedatangan kuasa Barat, iaitu Inggeris di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia.
- Selain itu, Perancis yang menjadi saingan Britain telah menjajah Indo China ( Laos, Vietnam dan Kemboja) dan Amerika pula telah menduduki Filipina.
kesan ekonomi
Kegiatan ekonomi peribumi pula telah distrukturkan agar dapat memberi manfaat kepada ekonomi negara metropolitan.
- Misalnya, di Tanah Melayu, kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomersialkan bagi memastikan bahan tersebut dapat dibekalkan untuk memenuhi keperluan industri.
kesan pendidikan
Dengan pertapakan Barat terhadap Tanah Melayu, sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan.
- Walau bagaimanapun, sistem pendidikan tersebut hanya terhad di kawasan bandar dan dikhususkan untuk memberikan pendidikan asas dan melatih gologan pentadbir rendahan bagi keperluan pentadbiran British sahaja.
- Kepincangan dan ketidaksempurnaan sistem pedidikan inilah yang kemudiannya terpaksa dibaiki oleh kerajaan peribumi yang berkuasa selepas merdeka.
- Inilah satu-satunya perkara yang seharusnya mendapat perhatian dan penghargaan generasi kini.
kesan sosial
Kuasa Barat juga telah bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan ekonomi komersial mereka.
- Dasar ini telah membawa perubahan kepada demografi dan komposisi etnik di banyak negara yang telah dijajah oleh kuasa Barat.
- Walau bagaimanapun, kuasa penjajah tidaklah megendalikan sesuatu dasar yang ketara atau terancang bagi mengharmonikan hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka.
- Sekali lagi tugas untuk merangsang dan menjalin hubungan baik dalam kalangan pelbagai kaum telah tepaksa dipikul oleh pemerintah peribumi selepas merdeka.
- Ini merupakan salah satu lagi peningglan dan kesan daripada era penjajahan.
kesimpulannya.....
Kesan dan permasalahan yang telah ditinggalkan oleh kuasa penjajah inilah yang perlu disedari sepenuhnya oleh generasi kini dan masa akan datang.
- Kesedaran tersebut tentunya akan mendorong seseorang itu untuk memahami situasi negara selepas penjajahan secara lebh menyeluruh.
- Kita dengan sendirinya akan dapat menyanjung tinggi pelbagai tindakan dalam pelbagai bidang yang terpaksa dilakukan oleh pemerintah peribumi selepas merdeka.
- Dengan itu juga agenda kerajaan untuk membaiki keadaan rakyat dan masyarakat akan dapat difahami dan dihayati dengan lebih baik lagi.
- Sekiranya ini dilakukan, tentulah mudah bagi generasi kini dan akan datang untuk turut memberikan sumbangan positif demi kebaikan dan kemajuan bangsa dan negara.
- Sumbangan sedemikian seharusnya dilakukan secara bertungkus-lumus dan berterusan dalam apa jua lapangan kehidupan masing-masing.