Golongan buruh dan majikan
Setelah munculnya sistem ekonomi skala besar atau komersial dalam bidang pertanian dan perindustrian, golongan rakyat yang bekerja sendiri kian bertambah kurang.
|
Pada peringkat awal Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian, golongan buruh tidak mendapat layanan atau pembelaan yang sewajarnya.
|
Pada permulaan zaman Revolusi Perindustrian terdapat Akta Antipenggabungan (Anti-Combination Act) yang melarang para pekerja daripada bergabung dan bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan mereka.
|
Walau bagaimanapun, keadaan perburuhan kian bertambah baik apabila terdapatnya peningkatan kesedaran tentang hal ini dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat.
|