Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah
Selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah telah mengalami zaman mundurnya yang dikenali sebagai Zaman Gelap. Zaman Gelap ini merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan. Zaman Pertengahan dapat dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu peringkat awal (tahun 476- 4050 M.), peringkatkemuncak (kira-kira tahun 1050- 1300 M.) dan peringkat akhir (kira-kira 1300-1450 M.). Pada peringkat akhir Zaman Pertengahan ini muncul Zaman Renaissance (kira-kira 1350-1600 M.) Pada zaman inilah berlakunya kegiatan penjelajahan dan penerokaan serta perkembangan ilmu. Pada zaman ini orang Eropah telah menyebarkan pengaruh mereka kepada dunia di luar Eropah. Pengaruh Barat ini diteruskan semasa zaman Revolusi Perindustrian dan Imperialisme.