Zaman Gelap
Pada Zaman Gelap,
Dunia Islam sebagaimana yang terbukti pada zaman Khulafa al-Rasidin,
- Eropah telah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran.
- Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan
- Sebaliknya, pada masa yang sama dunia Islam telah tegak dengan kegemilangannya.
Dunia Islam sebagaimana yang terbukti pada zaman Khulafa al-Rasidin,
- Bani Umaiyah, dan Bani Abbasiyah mempunyai pusat pentadbiran yang mantap dan sistem ilmu pengetahuan yang unggul.
- Oleh itu, dunia Eropah telah mencedok banyak ilmu daripada dunia Islam demi meningkatkan pencapaian masyarakat mereka.
Ciri-ciri Zaman Gelap
Zaman Kemuncak Pertengahan
- Zaman peralihan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance
- Berlaku perubahan ekonomi yang ketara hasil pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti pertanian dan kemunculan perdagangan.
- Membawa kepada kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence.
- Perkembangan bandar membawa kepada lahirnya kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan. pedagang dan ahli perbankan.
- Status sosial seseorang tidak lagi berasaskan pemilikan tanah tetapi kekayaan.
- Perubahan politik pula berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam kegiatan atau urusan politik.
- Penglibatan ini berlaku menerusi institusi seperti parlimen yang diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat.
- Hal ini telah memberikan hak politik kepada rakyat dan menjalinkan hubungan antara rakyat dengan pemerintah.