penggunaan teknologi
Kereta Kuda
Sebelum teknologi baru diperkenalkan, peralatan bagi aktiviti pengeluaran telah dikendalikan dengan menggunakan tenaga manusia, binatang atau air.
- Misalnya, sebelum enjin berkuasa wap digunakan untuk memacu bot, tenaga manusia digunakan untuk mendayungnya.
- Di darat pula, tenaga kuda digunakan untuk menarik gerabak.
- Manusia dan binatang boleh mengalami kepenatan yang mengakibatkan kerja atau tugasnya tidak boleh dikendalikan secara berterusan.
Apabila mesin berkuasa wap digunakan untuk memacu kenderaan sama ada di perairan atau di daratan, masalah keletihan ini dapat diatasi.
- Ini bermakna apabila para pengusaha menggunakan mesin, barangan dapat dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak.
- Dengan itu, kos pengeluaran setiap barangan menjadi murah.
- Apabila harga barangan menjadi murah, barangan tersebut mudah dipasarkan kepada masyarakat yang tidak mempunyai kuasa beli yang tinggi.
- Barangan tersebut malah boleh dikomersialkan pada peringkat antarabangsa
Apabila sesuatu barangan dapat menembusi pasaran antarabangsa para usahawan boleh mendapatkan keuntungan yang lumayan.
|
Pelbagai mesin yang telah direka pada zaman Revolusi Perindustrian untuk mempertingkatkan pengeluaran telah dihasilkan melalui kajian dan kretiviti para ahili teknologi dan saintis.
|
Penggunaan kuasa wap juga amat membantu perkembangan sistem pengangkutan.
- Sistem pengangkutan yang penting dan berkesan semasa permulaan industri ialah kereta api dan kapal laut.
- Jentera atau enjin yang mengendalikan kereta api dan kapal laut menggunakan tenaga yang dihasilkan daripada pembakaran petrol.