penemuan jalan laut dan dunia baru
Antara faktor yang mendorong kegiatan penerokaan dan penjelajahan orang Eropah ke Timur termasuklah
- Desakan ekonomi
- Semangat keagamaan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pelaut Portugal lebih awal sampai ke Timur daripada pelaut Sepanyol. Dalam masa itu, kuasa Portugal juga mempunyai kepentingan di Amerika Latin.
- Oleh itu, kedua-dua kuasa tersebut saling bersaing dengan satu sama lain untuk mendapatkan tanah jajahan.
- Persaingan ini, akhirnya, telah menyebabkan pihak Paus di Rom menggesa kedua-dua kuasa tersebut menetapkan kawasan pengaruh masing-masing.
- Oleh itu, pada tahun 1494, Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani.
- Dengan perjanjian tersebut kawasan ke Timur dari kepulauan Tanjung Verde dan Hindia Barat di Lautan Atlantik telah dianggap sebagai kawasan Portugal dan kawasan ke baratnya dianggap sebagai kawasan Sepanyol.
****************************************************
Christopher Columbus
- Antara pelaut unggul pada zaman itu termasuklah Christopher Columbus. Beliau merupakan orang Eropah pertama sampai ke Amerika.
- Dalam pelayaran ke Timur pula, salah seorang pelayar terkenal pada masa itu ialah Ferdinand Magellan. Beliau telah terbunuh di salah sebuah pulau di Filipina dalam perjalannya menuju ke Kepulauan Maluku.
Pada masa itu, perdagangan rempah ratus dan sutera telah mendatangkan keuntungan yang besar kepada para pedagang Eropah dan raja mereka. Inilah satu-satunya faktor penting yang mendorong kuasa Sepanyol dan Portugal untuk menjelajah ke Timur.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- Sepanyol dan Portugal juga merupakan dua buah negara Katolik yang mempunyai pengaruh Gereja yang kuat.
- Pihak penguasa Gereja amat menekankan usaha untuk menyebarkan agama Kristian ke seberang laut.
- Sepanyol yang pernah dikuasai oleh orang Islam pada satu masa dulu, begitu bersemangat untuk menyebarkan agama Kristian pula.
- Jadi faktor keagamaan juga turut memainkan peranan dalam aktiviti penjelajahan ini.