peralihan daripada industri desa kepada perkilangan
Alat pemintal benang
Seperti yang dibicarakan, kegiatan pertanian telah banyak berubah setelah terdapatnya kaedah dan ciptaan baru.
- Hal yang sedemikian itu juga telah berlaku dalam bidang perindustrian.
- Sebelum Revolusi Perindustrian, produk atau barangan telah dihasilkan secara kecil-kecilan dengan menggunakan tenaga manusia.
- Apabila terdapat kaedah dan ciptaan baru atau mesin, maka, pengeluaran barangan telah dapat dihasilkan secara besar-besaran melebihi paras keperluan pengusaha itu sendiri.
- Lebihan produk yang dihasilkan dengan perantaraan penggunaan mesin ini telah diperdagangkan atau dikomersialkan.
- Secara ringkas, inilah yang dimaksudkan dengan Revolusi Perindustrian
- Revolusi ini merangkumi perubahan dalam teknik pengeluaran, skala pengeluaran yang bertambah besar dan aktiviti mengkomersialkan barangan yang dihasilkan.