kesan-kesan penjelajahan terhadap masyarakat setempat
Penjelajahan dan penerokaan Barat telah membawa pelbagai jenis kesan kepada masyarakat di luar Eropah.
- Dari segi politik, banyak penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah.
- Wakil kuasa Eropah ini terdiri daripada syarikat berpiagam yang telah diwujudkan di Belanda, Great Britain, Perancis, dan juga Denmark.
- Antara syarikat-syarikat berpiagam yang berjaya termasuklah Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), Syarikat Hindia Barat Belanda (WIC), dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC).
- Syarikat-syarikat berpiagam ini telah berdagang dari Eropah hingga ke Carribean, Latin Amerika, Afrika, India, Asia Tenggara dan Asia Timur.
- Namun begitu, peranan syarikat berpiagam yang ditubuhkan di Perancis dan Denmark tidak begitu terserlah seperti peranan VOC dan EIC.
Ekonomi
Dari segi ekonomi pula, daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah.
|
sosial
Dari segi sosial pula, masyarakat tempatan telah mudah terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah, malah di banyak daerah, masyarakat peribumi telah juga menerima agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh Kristian.
- Penjelajahan Sepanyol juga telah banyak mengubah keadaan serta kehidupan di Dunia baru dan Asia.
- Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol telah berperang dan menakluk Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec, dan menakluk Peru dengan menghapukan tamadun Inca.
- Tambahan pula penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat baru di wilayah tersebut.
*Tekan gambar-gambar di atas untuk melihat gambar yang lebih besar.
*Click the pictures above to see a larger image.
*Click the pictures above to see a larger image.